Thursday 21 April 2016


Salam Jumaat sekalian alam. Lama sudah tidak mbuat coretan untuk blog ku ini. Makin berhabuk dah. Masa ni lah kerinduan makin kuat dengan kampung halaman. Tunggu Raya 2016 ni jelah utk balik kmpung mjengah keluarga dan saudara mara di sana walaupun mak ayah dah tiada. Selaku anak bujang, aku mesti kuat walaupun status single menyinggah. Pasti ramai soalan cepumas tahun ni. Pening dah nak mjawapnya lebh lebh lagi setelah Abang Sham kawin thun lpas, jadi aku takda cara lain utk mengelak la kaedahnya. Apepun aku tak sabar nak balik kmpung...Bintangor Sarawak. Hmmmm...

Tuesday 12 April 2016

Berjumpa lagi di dalam blog saya setelah 2 tahun mdiamkan diri...

Tunggukan ksah saya seterusnya ya!

Thursday 2 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha Oktober 2014

Termangu sendirian di dalam kamar tidurku, entah apa yang difikirkan. Bgitulah kehidupan membujang di kota metropolitan  yang serba canggih dan moden ini (kononnya).  Hari ini aku tak bekerja dan tak masuk office pun sekadar check email dr office bg pdftran syarikat oleh staf di office, hanya update ape ape yg patut.

Apa yang dikongsikan pada hari ini ialah berkisarkan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Sekejap je terasa masa dan dunia ini berputar umpama bumi yang berpusing, siang menjadi malam, malam menjadi siang...sama juga pada diriku. Tahun hadapan genaplah 35 thun, alahai...bila la nak kawen ni? Kalau ada lagi kedua dua org tuaku, mesti dah ditembak dgn bberapa soalan tentang menamatkan zaman bujang ni kan! Tba tba terasa rindu dengan dua org tuaku, bgtulah rasanya setiap kali nk raya. Tak kiralah raya aidilfrti ataupun raya aidiladha, lebh lebh lagi terkesima mendengar takbir raya menjelang malam raya. Tuhan je tahu apa perasaan lelaki ini.

Tahun ini seperti kebiasaanya aku tidak balik ke kampung halaman utk beraya kerana persepsiku sudah biasa dgn keadaan ini, lainlah klu hari ry aidilfitri, gila tak balik?! Menangislah kau kt ruang tamu dan jendela sambil mendendangkan lagu Tok Ti....Sayuuuu...Hati ini makin Sayuuu...haha...melalut plak aku aku ni...

Semoga raya aidiladha tahun ni menjadi lembaran hdup yg baru bg ku dan pntu rezeki lebih terbuka, kshtan yang semakin sihat wpon skarang ni tak berapa nak sihat...biasalah umur nk dkt 35 ni, dah nampak usur penuaannya di situ haha... alang alang bercerita mengenai aidiladha, nahh aku sertakan gmbr2 kenangan aidilftri yg lepas utk tatapan pembaca (sekiranya ada follower blog aku ni la) ALAMAK LEMBAP PLAK LINE NAK UPLOD GMBR, TGGU YEA..PADA NEXT POST...hati ini terlalu rindu dgn rumah pusaka dan juga pada abg ku si Hisham yang dok menghulu rumah pusaka bersendirian. Alahai bilalah abg aku ni nak kawen...boleh la ada peneman dan suri hati yg menemankan dia kt rumah pusaka tu skarang...hmmm lepas dia baru turn aku plak...Boleh? moga kmi berdua bertemu jodoh masing2 thun dpn, Amin....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KU
ATTA ANTAU LEE...SETAPAK KUALA LUMPUR....;)))

Wednesday 1 October 2014

JualPermata Gemstone Asli Sekadar Main Main

Bgtu hiba dan sedih rasanya apabila btu emas putih ku trcicir dan tercabut dr 'rumah"nya 3 mggu yg lpas dan mndorongku untuk mncari pgntinya. Satu hari itu, aku bknalan dgn seorg abg ni melalui wassap dan merupakan tokey batu di Terengganu. Bila melihat koleksi batu2 permata gemstone yg asli daripada beliau, aku tak teragak agak untuk mbeli dan mbuat pesanan 2 jenis batu permta yg mmpu milik daripada beliau, iaitu batu Blue Topaz dan Batu Ungu Kecubung Amethyst yg dipercayai mempunyai khasiat kesihtan dan aura dalaman bdan. 

Setelah mndpt 2 batu berkenaan, tak salah rasanya ingin mncuba untuk berniaga secara smbilan menjual batu batu permata ini memandangkn aku sndri amat meminati batu batu ini dan ingin mgetahui rahsia stiap kecantikan dan khasiat batu batu yg lain. Mulanya aku saje cuba marketing melalui moments wechat dan respons positif aku perolehi , ada 3 kawan yg bermnat mgetahui dn ingin membeli.Alhamdulillah...order dihantr terus melalui poslaju terus ke rumah customer ku...seronok jg merasa duit hasil keuntungn batu permta ini wpon dlm jumlah sdkit ttp klo aku sbr dan tabah mgumpul hasil keuntungnnya mesti akan mjdi banyak satu hari nnti...bestnye lah, sape yg nk bg kita duit kn? Betul tak....

Candle Cinta Hatiku

Hari ni hujan lebat di Kuala Lumpur. Rumah kelihatan sunyi suasananya, manekah perginya si Candle ni, biarlah kau...bertapa kat mane ntah. Kisah Candle ini bermula pada 1 April 2014 di mana usianya 2 bulan ketika itu, jenis Mix Bengal Yg cntik dan hari ni genap 9 bulan umur nya. Hati aku ini terdetik ingin membela seekor kucing apabila ingin merasakan keseronokan bgaimana adanya peneman setia bersama di sisi di smping menjadi pelepas stress dan bosan...klau bosan dan stress sikit, siaplah Candle ni aku kerjakan. Pemberian dr ayah angktnya bernama Bell (mcm name kucing jg da hihih) tidak sia sia. Candle kubelai dan kumanja sehingga kini semkin comel aku dakap dan tatang. Kini Candle mempunyai adik angkt bernama Ning yg bulu nya jg berwarna kuning hasil blok sebelah. Kesian x berpunya,rugi org yg mbuangnya kerana bulunya yg cntik persis seekor Persian hakikatnya kucing kampung je pun hehe...semoga korg bdua ni kekal siht sllu, teman hatiku sllu di teratakku ini...luv u Candle dan Ning...

Dunia Blog Bakal Mewarnai Hidupku

Selamat datang kuucapkan pada diri sendiri setelah blog pertama dalam hdup ini bkl menceriakan hari hari ini dan mendatang. Semestinya kisah suka duka terpalit dalam setiap lakaran kehidupanku tercoret di sini memandangkan aku suka bercerita. Lbih lebih lagi aku hdup keseorgan di kota metropolitan ini, hdup membujang dan berusia 34 thun (thun dpn dah 35). Alahai, bila nk tamatkn zaman bujang ni ye! Hehe...apepun jodoh pertmuan di tangNNya, blum terdesak dlm diri ini utk menamatkn zaman bujang, ada sdbab sebab tertentu yg menjadi rahsia besar dlm diri aku. Alah...malas nk cerita pasal jodoh ni lah..nanti2 ye teman2, akn ku kongsikan bersama...apepun, blog ini akan ku aplikasikan tentang warna warni kehdupanku, cara hdupku, aktiviti harian dan kegiatan semasa yg aku lakukan lebih lebih lagi bergelar seorang Peguam Muda (muda lagi ker??) di Kuala Lumpur ini.Oleh itu, tunggu kisah yang seterusnya ya... ;)))